Saya dan rakan-rakan perunding hartanah berdaftar akan membantu anda untuk menjual, membeli atau menyewa hartanah seperti rumah, pejabat, kedai, gudang dan tanah.
Fokus kami:
1 . Hartanah Sub-Sale di Kuala Lumpur & Selangor terutama di sekitar Shah Alam, Subang dan Klang.
2 . Hartanah Baru/Projek di seluruh Malaysia.
Blog Hartanah - Tips, Panduan, Semakan Harga, Kos Membeli/Menjual Hartanah, Dll.
Perunding Hartanah atau REN (Real Estate Negotiator) berperanan sebagai perantara yang memudahkan urusan jual/beli/sewa hartanah dan memastikan semua pihak yang terlibat mendapat manfaat daripada khidmat nasihat profesional yang terbaik.
Urusan jual/beli/sewa hartanah menggunakan broker yang tidak berdaftar dengan LPPEH/BOVAEAP (Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Malaysia) ialah suatu kesalahan di bawah Seksyen 30(i) Akta 242, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
- Pemilik hartanah boleh mendapatkan khidmat REN secara percuma. Yuran ejensi sebanyak 3% hanya dikenakan sekiranya transaksi jualan berjaya dilakukan.
- Tiada sebarang kos dikenakan kepada pembeli/penyewa.
- REN melakukan pemeriksaan serta mengambil gambar/video hartanah terbabit.
- REN juga akan memberikan maklumat/cadangan harga hartanah tersebut berdasarkan kajian nilai semasa pasaran.
- Pemilik berhak untuk menentukan harga jualan hartanah miliknya.
- REN akan melakukan suntingan gambar/video untuk aktiviti-aktiviti pemasaran di platform-platform online/offline secara 'zero-cost' dan berbayar.
- REN akan memaklumkan kepada pemilik sekiranya ada pembeli yang berminat.
- REN akan membantu urusan 'viewing' dengan bakal pembeli.
- REN akan membantu urusan jual/beli/sewa dengan pihak bank, peguam dan pihak-pihak lain yang berkenaan.
Largest PropTech Company in Malaysia - recognition by MDEC
IQI Realty ialah sebuah agensi hartanah terkemuka yang berpusat di Malaysia dan merupakan sebahagian daripada rangkaian global Juwai IQI.
IQI Realty menawarkan perkhidmatan hartanah yang menyeluruh, termasuk jual/beli/sewa hartanah, pemasaran, dan khidmat nasihat profesional kepada penjual dan juga pembeli.
- Yuran Ejensi Hartanah/REN sebanyak 3% + SST = 3.24% dikenakan kepada penjual hanya setelah rumah berjaya dijual.
- Pembeli tidak dikenakan kos Ejensi Hartanah/REN.
- Yuran Guaman Jual/Beli dikenakan kepada kedua-dua penjual dan pembeli.
- Ianya dikira mengikut harga jualan rumah (Harga dalam SPA (Sale & Purchase Agreement)).
- Untuk menetapkan harga jualan yang tinggi, rumah perlu berada dalam keadaan terbaik sebelum dinilai penilai hartanah atau dilihat oleh pembeli.
- Pemilik perlu membayar kos kepada Penilai Hartanah yang berdaftar untuk mengetahui harga semasa rumah miliknya.
- Dokumen ini diperlukan untuk urusan penetapan harga jualan dan juga urusan pinjaman oleh pembeli.
- RPGT (Real Property Gain Tax) ialah cukai yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bila berjaya menjual rumah.
- RPGT yang perlu bayar pada kerajaan atas keuntungan hasil daripada jualan hartanah dikira mengikut tempoh pemilikan (tarikh beli) hartanah dan paling minima sebanyak 5% (individu) dan 10% (syarikat) untuk pemilikan melebihi 5 tahun.
- Yuran Guaman Jual/Beli dikenakan kepada kedua-dua penjual dan pembeli.
- Ianya dikira mengikut harga jualan rumah (Harga dalam SPA (Sale & Purchase Agreement)).
- Yuran Guaman Pinjaman dikenakan sekiranya membuat pinjaman perumahan dan biasanya akan dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman.
- Duti Setem dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan
- MLTT (Mortgage Life Level Term Takaful) atau MRTT (Mortgage Reduced Term Takaful)
-
- Tiada Kos Agensi/REN dikenakan kepada pembeli.
- Yuran Ejensi Hartanah/REN sebulan kadar sewaan dikenakan kepada pemilik hanya setelah rumah berjaya disewakan.
- Penyewa tidak dikenakan kos Ejensi Hartanah/REN.
- Yuran Guaman Sewaan dikenakan kepada penjual/pembeli.
- Untuk menetapkan harga jualan yang tinggi, rumah perlu berada dalam keadaan terbaik sebelum dinilai penilai hartanah atau dilihat oleh pembeli.
Nilai pasaran bergantung kepada faktor seperti lokasi, jenis hartanah, saiz, dan trend pasaran terkini. Ejen hartanah biasanya menjalankan Analisis Pasaran Perbandingan (CMA) untuk menganggarkan harga yang sesuai berdasarkan transaksi terkini di kawasan tersebut.
Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti kadar faedah, keadaan ekonomi, dan permintaan pasaran. Ejen akan memantau trend seperti harga hartanah, dasar kerajaan, dan sentimen pasaran untuk memberi cadangan berdasarkan keadaan semasa.
Untuk pembeli, kos ini termasuk harga hartanah, duti setem, yuran guaman, yuran pemprosesan pinjaman, dan yuran penilaian. Untuk penjual, kos ini termasuk komisen ejen hartanah (biasanya 2-3% daripada harga jualan), yuran guaman, dan cukai keuntungan harta tanah jika berkenaan.